Saturday, 16 March 2013

~Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaanMU dalam cerita hidupku ini~

Kadang-kadang WANITA selalu berangan-angan mahu ditemukan dgn LELAKI yg SOLEH.. begitu juga LELAKI berangan-angan dijodohkan dgn WANITA yg SOLEHAH.. supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha ALLAH bersama-sama, padahal kita tidak berusaha pun mendampingkan diri mencari sahabat sejenis yang SOLEH/SOLEHAH yang boleh mengingatkan kita waktu SOLAT, jom QIAMMULAIL, ataupun mari baca MA'THURAT.. 

Bukankah mencari SAHABAT yang BAIK itu juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi BAIK dan permulaan cerita untuk kita mendapat sesuatu yang TERBAIK juga?

Bukankah seorang isteri atau suami yang BAIK pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang BAIK juga pada masa sekarang? 

Kenapa kite perlu dipimpin oleh yg TIDAK HALAL??Kalau kite IKHLAS ingin berubah kerana redha ALLAH bukan kerana cinta MANUSIA pasti kite ingin dipimpin oleh kaum sejenis kite yg berakhlak BAIK..berubah kerana cinta MANUSIA,ia bersifat SEMENTARA manakala berubah kerana cinta ALLAH,ia bahagia hingga ke SYURGA.. 

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling BAIK bagi kami?”
Jawab Rasulullah s.a.w:
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan ALLAH, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang ISLAM, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan AKHIRAT.. 

Tengoklah dgn MATA, Lihatlah dgn HATI, Renunglah dgn AKAL, Fikirlah dgn IMAN..( renungan bersama )

No comments:

Post a Comment