Friday, 29 March 2013

MuSLiMAH BeRNiQab

Tahukah kamu apa yang ada di dalam hati wanita berpurdah itu?
Engkau kata mereka solehah dan alim.
Engkau kata mustahil perempuan berpurdah melakukan kesilapan,
Engkau kata mereka sempurna sehingga tdk akan melakukan stitik dosa pun,
Engkau kata mereka pasti banyak buat amal,
Engkau kata mereka tidak patut buat salah kerana mereka sudah berpurdah,

Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu malaikat?
Sehingga engkau melabelkn mereka tidak mungkin melakukan kesilapan?
Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu Nabi yang maksum?
Sehingga engkau mengharapkan mereka sempurna dan tidak akan melakukan dosa?
Apakah engkau fikir wanita berpurdah itu wali Allah?
Sehingga engkau fikir mereka tidak mungkin tunduk pada nafsu dunia?

Ketahuilah sahabat,
Kami berpurdah.
Kami juga manusia biasa seperti anda,
Kami tidak maksum seperti Nabi Muhammad SAW.
Kami bukan malaikat yg sentiasa patuh pada Allah.
Namun kami juga bukan syaitan yang sentiasa derhaka pada Allah.
Kami MANUSIA BIASA. 
Yang di-UJI seperti anda.
Yang ada baik buruknya seperti anda. 
Yang menerima dugaan seperti anda.
Yang menghadapi mehnah kehidupan seperti anda.

Sahabat, berhentilah mengeji wanita berpurdah yg melakukan kesilapan.
Mungkin itu kesilapan pertamanya.
Mungkin dari kesilapan pertama itu, 
Mereka semakin kasih pada ALLAH. 
Mungkin dari kesilapan pertama itu juga,
Membentuk diri mereka menjadi lebih berakhlak mulia. 

Apakah untungnya anda menilai perempuan berpurdah melakukan kesilapan itu ini sedangkan diri anda tiada lngsung peningkatan ke arah kebaikan?

Ketahuilah sahabat, Kami berpurdah bukan untuk membanggakan pakaian kami depan anda semua. Kami Bertudung labuh menutup aurat dengan sempurna bukan semata2 nak tunjuk alim depan anda semua. 

Tapi kami menutup aurat ini hanyalah semata-mata untuk tunjuk pada Allah dan kami berharap dengan pakaian ini kami mampu jawab di hadapan Allah kelak, "YA ALLAH, lihatlah aku. Aku memilih untuk menutup aurat kerana-Mu Ya Allah, Tidak aku harapkan apa-apa lagi dengan pakaian ini melainkan aku sudah turuti perintahMU dan cukuplah Engkau sebagai Pelindungku"...

Allahu Akbar!

"Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutup aurat (keaiban) kamu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa ialah pakaian yang terbaik". 
(Al A'raf: ayat 26).

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya (daripada perkara haram), dan memelihara kehormatan (keaiban) mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang (zahir) daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dada mereka..." 
(An Nur:31)

Sabda Nabi: "Akan datang umat akhir zaman terdiri daripada wanita yang berpakaian, tapi bertelanjang dan atas kepala mereka berbonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat Allah dan tidak dapat mencium bau syurga" 
(Sohih Bukhari)

Saturday, 23 March 2013

Alhamdulillah..berjalan lancar Dinner kita kali ni~tahniah semua~

 hah!gambar kat atas ni.. with roomates dgn felo kami di blok al khindi,name dye Puan Rohana..cg ni tgh pregnant actually..bile2 mse je boleh bersalin,kate die...
 this picture plak,gmbar brsama rakan semeja a.k.a jiran bilik.. BILIK 204...:)



 pic kt ats ni plak,pic  bersama KETUA BLOK...al maklumlah..ketua blok kami ni baik sangat2~y mne?yang pakai tudung pink tu laaa~zizie!!
actually mkn bnyk ni jer...hukhukhuk...alhamdulillah...sedap laa~




Friday, 22 March 2013

SpEEchLess

Ya Allah saat pertama kali tengok gambar...menangis dibuatnya...sampainyer hati mak bapak budak ni...tak de langsung ke human sensitive dlm diri korang wahai makhluk Allah yang paling sempurna..Tuhan bagi akal fikiran..gunakanlah sebaik mungkin...
Muslimahku sayang...
jagalah maruahmu kerana tiada yang lebih berharga buat bakal zauj mu kelak selain maruahmu yang sentiasa terpelihara itu...ingatlah tiada apa lagi yang ada pada dirimu andai maruah ini tercalar...
buat yang telah terlanjur mencalarkan maruah yang ada pada dirimu..tiada apa lagi yang perlu antum sesali...kerana maruah itu Allah bagi peluang sekali jer untuk kita jaga sebaik mungkin..namun mungkin ini ujian buat antum,berubahlah..Allah tu Maha Adil..ingatlah setiap kebaikan akan diberi ganjaran kebaikan juga...be strong kayh...

BeRuBAHlah sEMeNtara MaSiH ADA WAKtU

~ MINAH HOT + HILANG DARA + BUNUH DIRI + ABG BOMBE ~

● minah hot : aqu tak kireeee !! jantan tu dh ambk dara aqu !! jantal siallll !! jantan vavi !! aqu xnk hidp lg !! aqu nk terjun jgkkk !! auuwwwwrrr !!

● abg bombe : adek baik ,, klu bunuh diri ,, ap yg adek baik akn dpt after mati ?? penyelesaian kt neraka ea ?? cube bgthu kt abg bombe ..

● minah hot : aqu xnk hidp lg vangang !! mruah aqu dh tkde !! hr tu janji leps dpt dara aqu dy nk kawen dgn aqu !! skrg aqu hamil kembar 10 ,, dy xnk tggugjwb !! jantan vengongggg !!

● abg bombe : adek baik ,, klu adek baik bunuh diri ,, haa gaung neraka dh manggil2 adek tu ,, x sabar nk panggag adek ,, lg sengsara tw .. adek sggup hadapi ??

● minah hot : tp vavi tu dh janji ,, skrg tkde sape yg nk kt aquu .. aqu dh tak suci ,, so lg baik aqu mampos je .. auuwwrr !! terjun kan kan kan !!

● abg bombe : stop3 adek baik ,, sengsara kt dunia apelah sgt nk bandig klu adek mati bunuh diri lg sengsara bjuta ganda kt gaung neraka tu adek .. tk cium bau syurga dek ..

● minah hot : tp aqu dh tkde pape .. mne ad laki yg sggp nk buat aqu isteri !! aqu dh rosak !! punah !! bla bla bla bla !!

● abg bombe : abg bombe nk slmt kn maruah adek ,, akn ad org yg soleh untuk adek ,, dgn syart adek kmbli taubat tw ,, ALLAH akn muliakn kmbli hidup adek ..

● minah hot : betul ?????????????? terima kasih abg bombe ultramen ku ,, opocotttt mak kau !! nasib baik tak jatuh tgk abg bombe (O_o)

● abg bombe : tu janji ALLAH .. yakin n berubah jd lebh baik .. tkde sape akn pndag kisah silam kite .. masig2 ad kisah silam bukan ?? smiley adek gedik (^^,)

p/s : jgn merana krn putus cinta .. krn pgalaman yg pahit itu mgajar kite lebh matang .. dan bunuh diri bukn jalnnya .. sabda BAGINDA : "sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya ,, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. . . ." riwayat al bukhari dan muslim ..

credit to> https://www.facebook.com/mujahed.kamal.52?group_id=0

Thursday, 21 March 2013

SeDaNg BelaJar eRTI BeRsYUkuR DengAn setIAP KeTeNtUAn Allah

Bismillahirahmanirahiim...
Assalamualaikum...
Tidak dapat tidak kita nak nafikan setiap hari yang kita lalui..pasti ada saje ujian yang terpaksa kita tempuh..semakin hari rasa semakin berat kan???kadang-kadang tanpa kita sedar kita mengeluh...tahu tak yang tu semua ujian Allah..maha kuasa Allah itu,dia tetapka tiap sesuatu tu atas sebab-sebab tertentu,dan demi Allah,tiada siapa tahu setiap perancagan Allah..kerana setiap apa yang telah Dia aturkan untuk kita adalah perancangan terbaik...tapi kita tak henti2 mengeluh...tak reti nak stop mulut ni musykil... dan mempersoalkan..kenapa Allah buat macam ni..kenapa tak buat macam ni..kenapa Allah bagi ni..padahal kita nak tu...hmmm...manusia kadang2 tak bersyukur,padahal betapa banyak nikmat ALLAH yang sedang kita gunakan...mungkin Allah buat macam ni sebab Dia nak kita dekatkan diri kita dengan dia..mungkin Allah nak tegur kita...tapi kita,kadang2 tak sedar...sebab tu lah perlunya kita muhasabah diri...walaupun kita tak mampu nak berubah jadi yang terbaik tapi kita berusaha jadi yang terbaik tu pon dah kira satu kejayaan...sebab nanti ALLAH tak tanya apa kejayaan yang kita perolehi sepanjang hidup kita,tapi DIA akan tanya apa usaha kita untuk mencapai kejayaan tu(pinjam kata2 seorang sahabat saya,sahabat dunia akhirat,semoga dia dalam rahmat Allah)

Tuesday, 19 March 2013

KitA mAMpU bErUbah KalAU KIta nAK BeRuBah..

"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi) 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar). 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya." 

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar. 

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24. 

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65. 

1) Menjaga Mata: Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain. 

2) Menjaga Telinga: Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat." 

3) Menjaga lidah: Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka. 

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A. 

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain. 

4) Menjaga perut: Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal. 

5) Menjaga Kemaluan: Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T. 

Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6. 

6) Menjaga Dua Tangan: Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain. 

7) Menjaga Dua Kaki: Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim. 

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113. 

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu. 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi. 

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan 

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - - 

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik) 

by: pali 
http://muadzinstudio89.blogspot.com/

mAmPuKAH kItA uNTUK iSTiQOmaH DAlam BeRseDekah?


Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas. 

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya. 

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.. 

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini, luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan. 

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin. 

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak. 

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Saturday, 16 March 2013

SaPe nAk jaDi wAnItA SoleHah??? :)

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur

~Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaanMU dalam cerita hidupku ini~

Kadang-kadang WANITA selalu berangan-angan mahu ditemukan dgn LELAKI yg SOLEH.. begitu juga LELAKI berangan-angan dijodohkan dgn WANITA yg SOLEHAH.. supaya kita dapat berpimpin tangan menuju redha ALLAH bersama-sama, padahal kita tidak berusaha pun mendampingkan diri mencari sahabat sejenis yang SOLEH/SOLEHAH yang boleh mengingatkan kita waktu SOLAT, jom QIAMMULAIL, ataupun mari baca MA'THURAT.. 

Bukankah mencari SAHABAT yang BAIK itu juga adalah pembuka jalan untuk kita menjadi BAIK dan permulaan cerita untuk kita mendapat sesuatu yang TERBAIK juga?

Bukankah seorang isteri atau suami yang BAIK pada masa hadapan bermula dengan menjadi sahabat yang BAIK juga pada masa sekarang? 

Kenapa kite perlu dipimpin oleh yg TIDAK HALAL??Kalau kite IKHLAS ingin berubah kerana redha ALLAH bukan kerana cinta MANUSIA pasti kite ingin dipimpin oleh kaum sejenis kite yg berakhlak BAIK..berubah kerana cinta MANUSIA,ia bersifat SEMENTARA manakala berubah kerana cinta ALLAH,ia bahagia hingga ke SYURGA.. 

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling BAIK bagi kami?”
Jawab Rasulullah s.a.w:
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan ALLAH, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang ISLAM, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan AKHIRAT.. 

Tengoklah dgn MATA, Lihatlah dgn HATI, Renunglah dgn AKAL, Fikirlah dgn IMAN..( renungan bersama )